KUCHING, 5 Mei -- PENUH CABARAN ... Menjelang hari pembuangan undi bagi Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak ke-11 Sabtu ini, rakyat Bumi Kenyalang ini khususnya di kawasan-kawasan pedalaman, sudah biasa mendengar bunyi deruman helikopter terbang ke sana sini memenuhi ruang angkasa Sarawak.Sejak bermulanya kempen, pesawat-pesawat helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Nuri sentiasa berulang-alik dari pengkalannya ke rumah-rumah panjang di pedalaman seperti di Kapit, Ba'kelalan dan Bario menerbangkan orang-orang kenamaan seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk bertemu muka dengan rakyat.Para juruterbang TUDM patut diberi pujian kerana berjaya mengendalikan helikopter dengan cermat dan selamat meskipun sering berhadapan dengan faktor cuaca yang kadangkala buruk dan membahayakan.Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pula terpaksa menyewa sejumlah 38 helikopter bagi menjayakan PRN Sarawak ini.Menurut Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, SPR memang memerlukan banyak helikopter kerana kebanyakan kawasan tertentu di negeri ini tidak ada pilihan lain untuk membawa para petugasnya di samping menghantar dan membawa balik peti-peti undi ke pusat-pusat pengiraan. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA