PEKAN, 10 Mei -- Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Datuk Hasnan Hassan (kanan) bersama pegawai melihat kerja-kerja yang giat dijalankan ketika Program Lawatan Kerja Sempena Projek Membina dan Naik Taraf Jalan di Kampung Orang Asli Simpai dekat sini, hari ini.Projek naik taraf Jalan Kampung Orang Asli Simpai sejauh 4.2 kilometer ini akan ditar bagi memberi keselesaan kepada lebih kurang 2000 penduduk untuk menghantar anak ke sekolah dan mengeluarkan hasil pertanian dan menurut JAKOA menjelang tahun 2020 mereka akan menurap tar pada jalan-jalan kampung Orang Asli bagi untuk kemudahan mereka.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA