KUANTAN, 10 Mei -- Suatu ketika dahulu, Jalan Tun Ismail 5 yang terletak di pusat bandar Kuantan boleh dikatakan malap dan sunyi menjelang waktu malam.Persekitaran suram itu akhirnya mengundang pelbagai gejala negatif seperti aktiviti mat rempit, pengemis dan ragut sehingga jalan tersebut pernah dianggap sebagai kawasan hitam yang perlu dijauhi.Namun pada 4 Februari lalu, senario yang berlarutan selama beberapa tahun kebelakangan ini berubah wajah apabila sebuah syarikat tempatan, Hanas Jaya Enterprise mengambil inisiatif untuk menukarnya ke arah lebih menceriakan dengan mewujudkan Rizqi Street Kuantan yang merupakan satu konsep pasar jalanan di kawasan tersebut.Selain memiliki deretan gerai menjual barangan dan makanan, ia turut menghidangkan persembahan seni dan kebudayaan masyarakat majmuk di Malaysia seperti nyanyian lagu rakyat selain pertunjukan ular dan kera.Kelihatan pengunjung tertarik dengan persembahan ular di Rizqi Street Kuantan semasa tinjauan fotoBERNAMA, malam ini.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA