KUCHING, 11 Mei --Sungai Sarawak berhampiran Kampung Sg Bintangor di Bandaraya Kuching ini tidak pernah sunyi dengan aktiviti orang ramai, khususnya setiap kali tiba cuti hujung minggu. Hampir setiap petang, ada sahaja pengunjung mengambil peluang beriadah bersama keluarga, ada yang berjoging, berkayak atau melakukan aktiviti santai sambil menikmati keindahan perairan sungai ini. Antara aktiviti yang pastinya menarik perhatian pengunjung adalah aksi sekumpulan orang dewasa yang leka bermain bot kawalan jauh di perairan sungai. Mereka menjadikan bahagian Sungai Bintangor yang bersambung dengan Sungai Sarawak lokasi utama latihan mahupun mengadakan pertandingan bot kawalan jauh ini. Aktiviti ini pada mulanya bertujuan mengisi masa lapang, namun disebabkan daya tarikan ianya kini menjadi lebih kepada hobi sampingan.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA