SUBANG JAYA, 13 Mei -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menziarahi balu Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, mendiang Datuk Dr Sundaran Annamalai, Datin Talagavathi R Karapayah di kediaman mereka di USJ Subang Jaya hari ini. Beliau diiringi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zabidi Zainal. Mendiang antara yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA