GEORGE TOWN, 13 Mei -- Pada asalnya, Lorong Kulit hanyalah satu nama jalan untuk satu lorong sempit di negeri ini yang menjadi laluan harian orang ramai. Menjelang penghujung tahun 1992 nama Lorong Kulit mula terkenal apabila ia menjadi sebuah pasar tumpuan yang beroperasi setiap hari bermula dari pukul 7 pagi hingga 1 petang. Lokasinya yang terletak di hadapan pintu masuk utama Stadium Bandaraya Pulau Pinang, Lorong Kulit, Jalan Perak menjadi tempat persinggahan bagi penduduk tempatan dan pelancong yang ingin membeli apa jua barangan terpakai yang digemari dan ingin dimiliki. Daripada barang-barang terpakai, alat elektrik, barang antik, pakaian, aksesori telefon bimbit, tayar, topi keledar dan sebagainya. Semuanya ada di Lorong Kulit atau lebih dikenali sebagai Rope Walk. Malah harga di pasar lambak itu mungkin lebih murah. Barangan yang selama ini tidak diendahkan atau dibuang begitu sahaja, di sini ia dibersihkan dan dibaiki sebelum dijual semula. Namun bagi yang masih baharu datang ke Pulau Pinang, tentu tidak menyedari pasar lambak itu kini sudah berusia lebih 20 tahun. Selain daripada aneka barangan terpakai, buah-buahan segar juga dijual di pasar lambak terkenal itu. Keihatan seorang pengunjung memerhatikan batu permata yang dijual di pasar lambak berkenaan.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA