BALIK PULAU, 18 Mei -- Ahmad Basrah Awang, 49, (tengah) bapa kepada Allahyarham Mohd Nizam, 28, sebak ketika dibimbing melihat wajah anaknya yang mati ditembak di Hatyai, Thailand, Isnin lepas sebaik saja jenazah tiba di perkarangan Masjid Al Ehsan, Sungai Pinang, Balik Pulau, awal Rabu. Jenazah tiba di perkarangan masjid pukul 1.20 pagi dan dikebumikan jam 1.45 pagi di tanah perkuburan masjid sama.Mohd Nizam maut ditembak pada 3.30 pagi (waktu tempatan), Isnin semasa menunggang menunggang motosikal menuju ke sebuah hotel. Mangsa ditemui terbaring dengan kesan tembakan di dada dan punggung di Jalan Phadungpakdee, Hatyai.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA