GEORGE TOWN, 19 Mei -- Penganut-penganut Buddha sibuk menyiapkan kereta berhias patung Buddha dengan menggunakan pelbagai bunga berwarna di perkarangan Malaysian Buddhist Association Jalan Burma, George Town, Khamis. Penganut Buddha akan menyambut perayaan Hari Wesak, Sabtu ini. Hari Wesak merupakan hari terpenting penganut agama ini kerana ianya menandakan kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama Buddha. Pada perayaan ini, mereka akan mengunjungi kuil-kuil Buddha mendapatkan restu.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA