PUTRAJAYA, 20 Mei -- Lebih 10,000 pengunjung menyaksikan program 'Malaysia's International Cultural Festival 2016' di Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya, Jumaat. Festival tahunan kali keempat anjuran Universiti Lim Kok Wing ini menampilkan pelbagai jenis seni persembahan dan kebudayaan 92 buah negara. Festival tahun ini lebih besar penganjurannya melibatkan penyertaan lebih ramai pelajar.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA