GEORGE TOWN, 21 Mei -- COMEL... Kanak-kanak penganut Buddha turut mengambil bahagian dalam perarakan 34 kereta berhias patung Buddha sempena sambutan Hari Wesak hari ini.Perarakan itu bermula dari pejabat Persatuan Buddhist Malaysian (MBA) melalui Jalan Burma, Jalan Pangkor, Jalan Kelawei, Lorong Burma, Peel Avenue, Jalan Macalister, Jalan Anson dan Lorong Madras sebelum kembali ke MBA.Lebih 10,000 penganut Buddha mengambil bahagian dalam perarakan sejauh 6 kilometer itu.Hari Wesak merupakan lambang kelahiran, kesedaran dan kematian Gautama Buddha yang mana penganut akan mengunjungi tokong bagi mendapatkan restu dari dewa Buddha.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA