JERANTUT, 21 Mei -- Beting pasir dapat dilihat di Sungai Tembeling yang semakin cetek berpunca dari penerokaan hutan tanpa kawalan di Ulu Tembeling baru-baru ini.Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Malaysia Prof Maketab Mohamed menyifatkan kegiatan itu menyebabkan Sungai Pahang serta anak sungai utamanya iaitu Sungai Tembeling yang hampir kontang kini berada di ambang 'garisan kemusnahan'. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA