PUTRAJAYA, 28 Mei -- Orang ramai dihujani buih salji semasa mengunjungi taman rekaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya (Floria Diraja Putrajaya) 2016 di Pesisiran Tasik, Presint 4 hari ini. Festival bunga kali kesembilan itu memperlihatkan tarikan terbaharu iaitu Hutan Mistik, Taman Bunga Kekwa, Dunia Ikan Duyung, Laman Manisan, Bonsai, Taman Kucing dan bengkel terrarium (seni menanam tumbuhan kecil dalam bekas kaca). Floria Diraja Putrajaya akan dibuka kepada lawatan umum mulai esok hingga 4 Jun dari 9 pagi hingga 10.30 malam Isnin hingga Khamis dan dari 9 pagi hingga 12 tengah malam Jumaat hingga Ahad.--fotoBERNAMA (2016 HAK CIPTA TERPELIHARA