TAWAU, 28 Mei --- Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menerima cenderahati berupa Kecapi daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman selepas merasmikan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah hari ini, bagi Jajaran Tawau-Sandakan pakej pertama sepanjang lima kilometer dari KM 43 ke Pekan Tawau. Kecapi merupakan satu daripada alat muzik tradisional masyarakat Bugis yang banyak mendiami Bumi Tawau.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA