KUALA LUMPUR, 14 Jun -- Pengarang Bersekutu (Kandungan dan Digital) New Straits Times (NST) Najmuddin Najib berkongsi pandangan mengenai perkembangan industri media, cabaran kewartawanan digital serta peranan media arus perdana dalam era teknologi semasa ketika sesi temu bual sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 di Balai Berita, Bangsar baru-baru ini. Beliau berkata wartawan masa kini perlu melangkaui tugas asas melaporkan sesuatu peristiwa dan sentiasa mencari nilai tambah daripada setiap isu yang dikendalikan. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA