PUTRAJAYA, 29 Mei -- Orang ramai menikmati keindahan dekorasi bunga kekwa semasa mengunjungi Chrysanthemum Garden di Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya Kesembilan 2016 malam ini. Festival yang turut dikenali sebagai Floria Diraja Putrajaya itu memperlihatkan tarikan terbaharu termasuk Hutan Mistik, Dunia Ikan Duyung, Laman Manisan, Bonsai, Taman Kucing dan bengkel terrarium iaitu seni menanam tumbuhan kecil dalam bekas kaca. Festival yang akan berlangsung hingga 4 Jun itu akan dibuka dari 9 pagi hingga 10.30 malam pada hari Isnin hingga Khamis manakala pada hari Jumaat hingga Ahad pula dibuka sehingga tengah malam. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA *** Local Caption *** I