SENDAI, 30 Mei -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) diberi taklimat oleh Datuk Bandar Natori, Isoo Sasaki (dua,kanan) ketika melawat wilayah Miyagi yang kembali pulih selepas dilanda gempa bumi berskala magnitud 9.0 dan tsunami besar pada 2011 di tempat peringatan tsunami Miyagi hari ini. Ahmad Zahid juga diberi penerangan mengenai jentera tindak balas Kerajaan Jepun termasuk peranan anggota keselamatan dalam menghadapi situasi bencana serta proses pemulihan pasca bencana. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA