SENDAI, 30 Mei -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) diberi taklimat oleh Datuk Bandar Natori, Isoo Sasaki (kanan) ketika mengadakan lawatan ke wilayah Miyagi yang kembali pulih selepas dilanda gempa bumi bermagnitud 9.0 dan tsunami besar pada 2011 di tempat peringatan di Tsunami Miyagi hari ini.Isoo Sasaki juga memberi penerangan mengenai tindak balas jentera Kerajaan Jepun termasuk peranan anggota keselamatan dalam menghadapi situasi bencana di samping proses pemulihan pasca bencana.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA