BATU KAWAN, 1 Jun -- Wan Shahnurhizam Wan Mohd Azmi, 26, yang mendukung anaknya Wan Muhammad Syafiq Aryan, 2, bersama isterinya Nur Adilah HAris, 26, dan anaknya Wan Muhammad Syakir Amsyar, 4, menunjukkan kad Touch n Go yang dibeli selepas beratur panjang di pejabat Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) hari ini.JKSB melaksanakan kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya di Plaza Tol Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mulai hari ini.Pelaksanaan ETC memerlukan pengguna membayar tol dengan menggunakan kad Touch n Go dan SMART Tag.Pelaksanaan sistem itu bertujuan menjimatkan masa sewaktu pembayaran tol, melancarkan pergerakan trafik dan meningkatkan kecekapan operasi tol.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA