PASIR PUTEH, 14 Jun -- Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan Kepten Maritim Kamal Mohamad (kiri) bersama anggota memeriksa pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan selepas sidang media di Ibu Pejabat Maritim Kelantan, Tok Bali hari ini. APMM Kelantan berjaya menahan 14 PATI termasuk dua wanita warga Myanmar berusia antara 16 hingga 36 tahun di sekitar tebing Sungai Kutan Hilir, Pasir Pekan, Tumpat, Rabu lepas. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA