LANGKAWI, 26 Ogos -- PENERANGAN ... Imam Masjid Al Hana' Kuah, Abdul Manap Sharip (kiri) memberi penerangan mengenai cara-cara memandi mayat ketika Bengkel Pengurusan Jenazah di masjid itu di sini, hari ini.Pelajar tingkatan empat, Abu Iskandar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri di Kuah secara sukarela menjadi mayat untuk dimandi sebagai program amali bengkel sehari itu.Seramai 200 pelajar dari sembilan buah sekolah menengah di Langkawi menyertai bengkel itu yang dianjurkan Pejabat Pelajaran Langkawi, Guru pendidikan Islam Langkawi dan Masjid Al Hana' Kuah.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA