KUCHING, 5 Jun -- Menjelang Ramadan yang dijangka bermula Isnin, Suriati Isa bersama anaknya menjual bunga rampai dan air mawar, Ahad, untuk ditabur dan disiram di pusara orang tersayang pada tinjauan fotoBERNAMA di tanah perkuburan Semariang, yang merupakan tanah perkuburan terbesar di Kuching. Orang ramai khususnya sanak saudara datang ke tanah perkuburan ini bagi membersih dan menziarah sambil membacakan surah Yassin dan doa. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA