MELAKA, 6 Ogos -- Deligasi dari anggota Parlimen negara Komanwel dari Nigeria, Dada Y.J.A (kiri) tertarik melihat kraftangan yang dijual ketika melawat kawasan bersejarah di Bangunan Stadhuys Bandar Hilir di sini, hari ini.Lawatan deligasi terbabit secara tidak langsung memberi peluang kepada kerajaan negeri mempromosikan tempat bersejarah kepada masyarakat luar negara selepas Bandaraya Melaka Bersejarah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) pada 7 Julai lalu. Kira-kira 800 anggota Parlimen dari 57 negara anggota Komanwel yang sedang menghadiri Persidangan Parlimen Komanwel (CPA) ke- 54 di ibu negara sejak jumaat lalu, melawat Melaka hari ini. Tempat menarik lain yang turut dilawati deligasi berkenaan ialah Taman Mini Malaysia, Taman Mini Asean, Kota A Famosa dan Jongker Walk. -- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA