NILAI, 7 Jun -- Pensyarah Kanan Fakulti Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Noor Najihan Jaafar menunjukkan produk ciptaannya, I-Talk PISKEB (Innovation Talk Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan), yang merupakan perisian interaktif audio buku pendidikan Islam untuk pelajar cacat penglihatan. Produk I-Talk PISKEB memenangi pingat emas dalam Pameran Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa 2016 (ITEX) di Kuala Lumpur, baru-baru ini. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA