KUALA LUMPUR, 10 Jun -- ENAK... Pulut Durian dan Pulut Mangga merupakan makanan tradisi yang sering dicari-cari penggemar durian dan mangga pada bulan Ramadan ini.Setiap hari pengusaha Musang Atan Pulut Nur Wahida Freezailah, 32, menerima tempahan sekitar 100 pek untuk masakan tradisi istimewa ini. Terdapat empat pilihan disediakan iaitu Pulut Durian berharga RM15 setiap satu, Pulut Mangga (RM8), Pulut Kuah Durian (RM8) dan Pulut Kuah Durian Special (RM18). --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA