KUALA LUMPUR, 10 Jun -- Pengusaha Musang Atan Pulut Nur Wahida Freezailah, 32, (kanan) bersama suaminya menunjukkan pulut durian dan pulut mangga yang siap dibungkus di kediaman mereka baru-baru ini.Setiap hari mereka menerima tempahan sekitar 100 pek untuk masakan tradisi istimewa ini.Terdapat empat pilihan disediakan iaitu Pulut Durian berharga RM15 setiap satu, Pulut Mangga berharga RM8, Pulut Kuah Durian (RM8) dan Pulut Kuah Durian Special (RM18).--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA