SABAK BERNAM, 11 Jun -- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Naib Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengimamkan solat Maghrib selepas Majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan serta Pelancaran Sistem Pengesanan Automatik (AIS) dan majlis berbuka puasa di Logistik Centre, Sungai Leman, Sekinchan petang ini. Antara para jemaah ialah Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Datuk Irmohizam Ibrahim (empat, kiri) yang juga Anggota Parlimen Kuala Selangor. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA