BANTING, 11 Jun -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (kiri) berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada golongan asnaf, fakir miskin dan saudara baharu (Mualaf) pada Majlis Perasmian Masjid sempena Majlis Berbuka Puasa Ihya Ramadan Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Sumbangan Hari Raya di Masjid Kampung Seri Cheeding Kuala Langat hari ini. Seramai 281 orang golongan asnaf dan fakir miskin serta 146 mualaf menerima sumbangan pada majlis tersebut.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA