GEORGE TOWN, 13 Jun -- TANPA TANDA HARGA... Orang ramai memilih sayur-sayuran di gerai yang mana peniaga tidak mematuhi peraturan meletakkan tanda harga di Pasar Awam Batu Lanchang hari ini.Tinjauan mendapati peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga pelbagai bahan keperluan penting seperti ayam, cili merah dan daun sup sekaligus membebankan orang ramai terutama umat Islam yang sedang menyambut Ramadan.Ayam segar misalnya dijual dengan harga RM8.50 sekilogram sedangkan harga syiling adalah RM7.90, daun sup pula dijual pada harga RM16 sekilogram manakala cili merah pada RM18 sekilogram.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA