GEORGE TOWN, 13 Jun -- TERLALU MAHAL... Daun sup dijual dengan harga RM16 sekilogram jauh berbeza dengan harga biasa iaitu di antara RM6 dan RM7 sekilogram, di Pasar Awam Batu Lanchang hari ini.Tinjauan mendapati peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga pelbagai bahan keperluan penting seperti ayam, cili merah dan daun sup sekaligus membebankan orang ramai terutama umat Islam yang sedang menyambut Ramadan. Ayam segar misalnya dijual dengan harga RM8.50 sekilogram sedangkan harga syiling adalah RM7.90 manakala cili merah pula dijual pada harga RM18 sekilogram. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA