SABAK BERNAM, 14 Jun -- Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor Mohd Najwan Halimi (kiri) beramah mesra bersama usahawan selepas pelancaran Program Hijrah Innovation & Growth Hub (HIGHub) di Ruang Daya Cipta Sabak Bernam hari ini. HIGHub ini merupakan pusat sehenti pembangunan keusahawanan berimpak sosial yang memberi tumpuan kepada usahawanan wanita, belia, golongan B40 serta komuniti luar bandar melalui akses kepada pembiayaan, latihan, teknologi digital dan jaringan pasaran yang lebih luas. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA