KLUANG, 14 Jun -- Penyanyi kumpulan Spring Wan Aminuddin Wan Ismail, 48, yang lebih dikenali sebagai Ameng Spring memeluk isterinya Sabariah Zakariah, 46, dan anak Wan Amnar Haikal Wan Aminuddin, sembilan tahun, sebaik dibebaskan daripada Penjara Kluang, Selasa. Ameng dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah.--fotoBERNAMA(2016) HAK CIPTA TERPELIHARA