KAMPAR, 14 Jun -- Bekas pemandu mendiang Karpal Singh, C Selvam, 29, (kiri) bersama peguamnya Baljit Singh (kanan) menunjukkan grafik lokasi kemalangan pada sidang media, Selasa, selepas Mahkamah Majistret Kampar, melepas dan membebaskannya daripada tuduhan memandu dengan cuai hingga mengakibatkan kematian bekas Pengerusi DAP itu dan pembantu peribadinya, dua tahun lepas. Majistret Mohamad Ibrahim Mohamad Ghulam membuat keputusan ini selepas mendapati pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA