KOTA KINABALU, 14 Jun -- Struktur bangunan pangkalan laut hadapan Sea-Basing terletak di tengah perairan lautan Pantai Timur Sabah merupakan pusat operasi tengah laut bagi memperketat kawalan di perairan itu ekoran siri penculikan dan pembunuhan rakyat Malaysia yang diculik oleh kumpulan pengganas Abu Sayyaf dari Selatan Filipina. Sistem Sea-Basing iaitu penempatan aset ketenteraan di tengah lautan berupaya memudahkan bantuan keselamatan disalurkan dengan lebih cepat dan memperkukuhkan keselamatan di perairan Sabah.--fotoBERNAMA(2016) HAK CIPTA TERPELIHARA