HULU TERENGGANU, 14 Jun -- Shidawati Salihuddin, 36 (kanan) bersama anak-anaknya (dar ikiri) Mohd Nasrul Haikal 12, Mohd Syazwan 9, Khalisha Umaira, 6 dan Qiella Qaisara, 4, di hadapan pondok yang didiami mereka di dalam sebuah kebun di Kampung Betong. Shidawati tinggal bersama suaminya Hisham Bistaman, 39 di sebuah pondok yang serba kekurangan dalam kebun milik mertuanya sejak empat tahun lalu lantaran masalah peribadi yang dihadapi. Kesemua anak-anaknya tidak bersekolah dan tiga daripada mereka iaitu Mohd Syazwan, Khalisha Umaira dan Qiella Qaisara tidak mempunyai sijil kelahiran.-- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA