SABAK BERNAM, 16 Jun -- Dua nelayan, Heng Chee Yong (gambar) dan Chua Lee Teck yang ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana dipercayai menceroboh perairan negara itu disambut oleh keluarga masing-masing setelah dibebaskan dan dibawa balik ke negara ini di Jeti Bagan Sekinchan hari ini.Kelihatan Heng Chee Yong (tengah) disambut oleh isterinya, Nguyen Thi Nhuin, 29, (dua, kanan), neneknya Cha Lili, 89, (tiga, kanan) dan anaknya Heng Yu Chuan, 6 (tiga, kiri).Turut hadir Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Mah Siew Keong, calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Anggota Dewan Undangan Negeru (ADUN) Bahagian Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi (dua, kanan) dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunus.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA