SABAK BERNAM, 16 Jun -- Dua nelayan, Heng Chee Yong (tengah) dan Chua Lee Teck (kiri) yang ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana dipercayai menceroboh perairan negara itu dibebaskan dan dibawa ke Jeti Bagan Sekinchan, hari ini.Turut mengiringi nelayan tersebut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim (tiga, kanan), Timbalan Menteri Pendidikan ll, Senator Chong Sin Woon (lima, kanan) merangkap Ketua Pemuda MCA, dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunus (dua, kanan).--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA