SABAK BERNAM, 18 Jun -- Ahli Parlimen Sungai Besar yang baharu, Budiman Mohd Zohdi diusung meraikan kemenangan bersama pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) selepas diisytihar pemenang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar di Pusat Penjumlahan Undi PRK di Dewan Seri Bernam, Sabtu malam. BN mengekalkan kerusi Parlimen Sungai Besar dengan menewaskan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman dan calon Parti Amanah Negara (PAN), Azhar Abdul Shukor. Mohd Zohdi mendapat 16,800 undi, Dr Abdul Rani 6,902 dan Azhar 7,609, dengan majoriti 9,191 undi. Hadir sama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Naib Presiden UMNO.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA