BENTONG, 25 Jun -- Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai (tengah) membawa tanda pangkah bersama Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd Datuk Jim Khor (kiri) untuk ditampal pada telefon bimbit yang digunakan penunggang motosikal simbolik pelancaran slogan "fokus di jalan, bukan di tangan" pada majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya Jom Balik Kampung sempena Aidilfitri hari ini. Turut hadir Pengerusi Persatuan Penjual Motorsikal dan Skuter Wee Hong.Kempen diadakan bagi mengingatkan pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal supaya tidak menggunakan telefon pintar ketika menunggang kerana mereka adalah antara penyumbang terbesar kemalangan maut setiap kali musim perayaan. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA