PASIR PUTEH, 27 Jun -- Tuan Mohd Syakir Tuan Abd Rashid, 29, dari Kampung Gong Serapat memperoleh pendapatan lumayan hasil mencari daun palas pembungkus ketupat untuk dijadikan hidangan istimewa menjelang Aidilfitri awal bulan depan.Tuan Mohd Syakir berkata, rezekinya bertambah berbanding sebelum ini hanya antara RM20 hingga RM50 sehari kepada tidak kurang RM100 sehari sejak seminggu lepas.Beliau mencari daun palas setiap hari bermula 7 hingga 11 pagi dan disambung pula pada 2.30 petang hingga 4 petang di sekitar kawasan kampung itu.Sudah menjadi tradisi bagi penduduk Kelantan ketupat yang dibungkus dengan daun palas wajib disediakan setiap kali pada hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, setiap tahun. Ini kerana ketupat yang dibungkus dengan daun palas wangiannya menambahkan selera makan mengatasi juadah yang lain.Tuan Mohd Syakir berkata, beliau tidak perlu menjaja daun itu ke merata tempat termasuk ke pasar Pasir Puteh sebaliknya peraih datang sendiri ke rumahnya untuk membeli secara borong setiap pagi dan petang.Beliau berkata, sepanjang melibatkan diri dengan aktiviti itu beliau seringkali diancam dengan spesies berbisa seperti ular tedung selar dan segat tebuan tetapi sempat menyelamatkan diri.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA