SHAH ALAM, 27 Jun -- Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Nenney Shuhaidah Shamsuddin, 41, dan Noor Huda Roslan, 40, (kiri) gembira selepas menerima pengurniaan tauliah pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Hakim Wanita Mahkamah Tinggi Syariah serta Pelantikan Hakim, Pendaftar dan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Selangor di Istana Bukit Kayangan hari ini.Kedua-duanya merupakan wanita pertama di negara ini yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA