KUANTAN, 30 Jun -- Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan (kiri) mengagihkan zakat kepada pelajar Program Pembangunan Tamadun Masyarakat Asli (PETAMA) pada majlis penyerahan zakat dan penyampaian Sijil PETAMA di Kolej Yayasan Pahang (KYP), Taman Gelora, Kuantan, Khamis. Hadir sama Pengarah Urusan KYP, Norhishamuddin Yaacob (dua kiri). Seramai 73 orang pelajar PETAMA merupakan saudara baharu dan asnaf zakat daripada kumpulan fakir miskin serta ÔfisabilillahÕ. Pada majlis ini Wan Abdul Wahid menyampaikan sijil tamat kursus peringkat lanjutan kepada seramai 19 pelajar PETAMA. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA