KUANTAN, 30 Jun -- Kira-kira 100 anggota tentera darat dan laut dari 4Briged Mekanize & Markas Wilayah Laut 1 bergotong- royong memasak 20 periuk bubur lambuk di Kem 4 Briged Mekanize Batu 10, Jalan Kuantan-Gambang, hari ini. Program anjuran Persatuan Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional Pahang (Teratai) sempena Ramadan itu berjaya mengagihkan 8,000 bekas bubur lambuk kepada anggota tentera di sekitar kem berkenaan. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA