KUANTAN, 30 Jun -- Kira-kira 100 anggota tentera darat dan laut dari 4Briged Mekanize & Markas Wilayah Laut 1 bergotong- royong memasak 20 periuk bubur lambuk di Kem 4 Briged Mekanize Batu 10, Jalan Kuantan-Gambang, hari ini. Program anjuran Persatuan Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional Pahang (Teratai) sempena bulan Ramadan itu berjaya mengagihkan 8,000 bekas bubur lambuk kepada anggota tentera di sekitar kem berkenaan. Kelihatan sebahagian anggota menyiapkan bekas-bekas bubur lambuk untuk diagihkan. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA