KUANTAN, 30 Jun -- Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Wilayah Laut Satu mengadakan Latihan Perang Tioman menerusi KD Terengganu di Laut China Selatan hari ini. Latihan setiap tahun ini untuk meningkatkan kecekapan dalam situasi perang di samping mempastikan aset-aset berada dalam keadaan terbaik bagi menghadapi segala kemungkinan. Bulan Ramadan bukan alasan malah TLDM lebih bersemangat menjalani latihan bagi mempastikan perairan negara berada dalam keadaan selamat dari ancaman musuh.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA