PADANG BESAR, 1 Julai -- Komander Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Perlis, DSP Syed Basri Syed Ali mengambil kesempatan menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah kepada Amil Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Kpl Mohd Fauzee Mohd Tahid (kanan) dari AKSEM Perlis ketika tinjauan di pos sekatan jalan raya Chuping hari ini. Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) melantik seorang Amil dari BAKA AKSEM Perlis untuk melancarkan urusan pembayaran zakat fitrah tahun ini. Amil yang dilantik akan bergerak ke setiap lokasi tugasan dan pos kawalan AKSEM untuk memudahkan kira-kira 400 anggota dan pegawai AKSEM menunaikan tanggungjawab mereka.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA