KUALA KANGSAR, 6 Julai -- Kedatangan Aidilfitri dengan diselangi pelbagai bunyi mercun dan meriam sememangnya dinanti selepas berpuasa sebulan pada bulan Ramadan dan penduduk di Kampung Talang tidak melepaskan peluang meraikannya dengan mercun buatan mereka yang diperbuat daripada besi iaitu meriam talang. Aktiviti bermain meriam itu menjadi tradisi sejak dulu lagi bermula jam 12 malam hingga pagi hari raya di sawah padi. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA