IPOH, 12 Julai -- Lima hari lagi iaitu 17 Julai genaplah dua tahun nahas membabitkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang meragut nyawa semua 298 penumpang dan anak kapal. Noor Aini Mohd Noor, 60, adik kepada Norahimah Tournier Mohd Noor masih bersedih dengan kehilangan kakak kesayangannya yang terkorban dalam nahas, ketika ditemubual BERNAMA di kediaman mereka di Ipoh. Norahimah merupakan anak kedua daripada 14 adik beradik tujuh lelaki dan tujuh perempuan.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA