IPOH, 12 Julai -- Lima hari lagi iaitu 17 Julai maka genaplah dua tahun nahas di ruang udara Ukraine-Russia yang membabitkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 meragut nyawa semua 298 penumpang dan anak kapal. Noor Aini Mohd Noor, 60, (kiri) dan Noor Akmar Mohd Noor, 57, adik kepada Norahimah Tournier Mohd Noor masih bersedih dengan kehilangan kakak kesayangan mereka dalam nahas, ketika ditemubual BERNAMA di kediaman mereka di Ipoh. Norahimah merupakan anak kedua daripada 14 adik beradik tujuh lelaki dan tujuh perempuan.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA