GEORGE TOWN, 14 Julai -- Chung Chun Wah, 32, ditembak mati oleh polis selepas berbalas tembakan di Jalan Balik Pulau, Air Itam hari ini.Chung diburu polis sejak awal pagi semalam selepas dia menembak mati empat anggota keluarganya termasuk anak saudaranya berusia dua tahun pada pukul 2.55 pagi semalam.Chung ditembak berhampiran kuil Budha Kek Lok Si, kuil Budha yang terbesar di Asia Tenggara yang merupakan tempat tumpuan pelancong. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA