KUALA LUMPUR, 18 Julai -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar dengan sebahagian daripada lebih 700 ahli Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL) bersama keluarga sempena hari keluarga dan majlis sambutan Aidilfitri di Anjung Felda petang semalam.Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (berdiri depan, tiga kanan).Antara yang hadir ialah bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah, bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Azmi Khalid dan bekas pemain badminton kebangsaan Sairul Amar Ayob.Majlis itu merupakan acara tahunan PPKL sebagai usaha merapatkan hubungan silaturrahim dalam kalangan anak-anak Perlis yang menetap di Lembah Klang, turut diserikan dengan persembahan syair oleh penulis terkemuka negeri itu Datuk Rahman Shaari bertajuk "Raja Muda Pencinta Ilmu".Tuanku Syed Faizuddin pernah bergiat aktif dalam PPKL dan menjawat kerusi jawatankuasa persatuan itu antara tahun 1990 dan 1995.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA